Josef Fritzl lahir pada April 9, 1935 dihukum penjara seumur hidup pada 19 March 20009. diatas kesalahan memperkosa anaknya selama 24 tahun di besmen rumahnya. Setiap hari kita melihat bertambahnya manusia melakukan perkara-perkara yang luar dari fitrah mereka sebagai manusia melakukannya.
Allah s.w.t berfirman bahawa manusia telah diberikan oleh Allah s.w.t hidayah dan ilham mengenai perkara yang baik dan perkara yang jahat.
وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan ( jalan kebaikan dan jalan kejahatan). 90:10
إِنَّا خَلَقْنَا الإنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari seteses mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat (2) Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir (3). 76 : 2 dan 3
فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. 91 : 8
Jelas bahawa manusia kenal perkara-perkara yang baik dan yang buruk melalui fitrah mereka yang diberikan Allah s.w.t . Mereka diberikan ilham bagaimana hendak berjalan, makan dan banyak lagi perkara-perkara fitrah yang baik dan buruk yang tidak ada sebab manusia itu tidak mengetahuinya.
Walaubagaimanapun manusia kerap terlupa. Manusia yang dikenal sebagai “insaan” yang bermaksud dari kalimah bahasa arab nasiya iaitu “lupa”.
Hubungan antara bapa dan anak juga adalah fitrah. Fitrah untuk bapa menjaga anaknya daripada dihancurkan hidupnya. Menyelamatkan anaknya di dunia dan di akhirat adalah satu perintah, sebagaimana firman Allah s.w.t :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ
Hai orang-orang yang beriman , peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. 66:4
Perbuatan Josef Fritzl ini tidak dapat diterima oleh fitrah manusia dan juga syara’. Allah s.w.t maha mengetahui akan ciptaannya. Dari itu Allah s.w.t menerangkan cara-cara melalui Quran dan Sunnah bagi mengelakkan manusia daripada terjerumus kedalam perbuatan yang merosakkan kehidupan manusia di muka bumi ini.
Allah s.w.t menurunkan hukum yang keras terhadap perosak-perosak di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t :
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الأرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ (33)
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasulnya dan membuat kerusakkan di muka bumi ini, hanyalah mereka dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar. 5:33
Keamanan akan hanya tercapai jika manusia ikut hukum Allah azzawajal.
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya. 95:8
Abu Zarkashi