
Didalam hadis Bukhari, menerusi Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda mengenai pada hari akhirat dimana orang-orang yang beriman akan mencari Rasulullah s.a.w untuk meminta syafaat, Rasulullah s.a.w bersabda :
فَيَأْتُونِي فَأَنْطَلِقُ حَتَّى أَسْتَأْذِنَ عَلَى رَبِّي فَيُؤْذَنَ لِي فَإِذَا رَأَيْتُ رَبِّي وَقَعْتُ سَاجِدًا فَيَدَعُنِي مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ يُقَالُ ارْفَعْ رَأْسَكَ وَسَلْ تُعْطَهْ وَقُلْ يُسْمَعْ وَاشْفَعْ تُشَفَّعْ فَأَرْفَعُ رَأْسِي فَأَحْمَدُهُ بِتَحْمِيدٍ يُعَلِّمُنِيهِ ثُمَّ أَشْفَعُ فَيَحُدُّ لِي حَدًّا فَأُدْخِلُهُمْ الْجَنَّةَ ثُمَّ أَعُودُ إِلَيْهِ فَإِذَا رَأَيْتُ رَبِّي مِثْلَهُ ثُمَّ أَشْفَعُ فَيَحُدُّ لِي حَدًّا فَأُدْخِلُهُمْ الْجَنَّةَ ثُمَّ أَعُودُ الرَّابِعَةَ فَأَقُولُ مَا بَقِيَ فِي النَّارِ إِلَّا مَنْ حَبَسَهُ الْقُرْآنُ وَوَجَبَ عَلَيْهِ الْخُلُودُ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ إِلَّا مَنْ حَبَسَهُ الْقُرْآنُ يَعْنِي قَوْلَ اللَّهِ تَعَالَى
{ خَالِدِينَ فِيهَا }
Mereka akan datang kepadaku lalu aku pon pergi sehingga aku meminta izin daripada tuhanku dan aku diberikan izin. Ketika kau melihat tuhanku, aku bersujud dan Allah s.w.t membiarkan aku didalam keadaan begitu selama yang Allah inginkan. Kemudian aku dipanggil . ‘ (Muhammad) angkatlah kepalamu, dan mintalah dan permintaan mu akan diperkenankan. Katakanlah, dan kata-kata mu akan didengar, Mintalah syafaat dan kamu akan diberikan izin untuk memberikan syafaat. Aku lalu mengangkat kepalaku dan memuji Allah s.w.t dengan pujian yang diajarkan kepadaku. Kemudian Allah s.w.t memberikan kepada ku sejumlah bilangan yang dapat dimasukkan kedalam syurga. Kemudian aku kembali kepada kepada Allah s.w.t dan ketika kau melihat Allah s.w.t perkara yang sama berlaku kepada ku, dan aku dpat memberikan syafaat dan Allah s.w.t memberikan kepadaku sejumlah bilangan yang dapat dimasukkan ke dalam syurga.Kemudian aku ulangi perkara ini untuk ketiga kali dan kemudian aku ulangi hingga ke empat kali. Lalu aku berkata : “ Tidak ada yang tinggal di neraka melainkan siapa yang telah dipenjarakan oleh al-Quran dan diwajibkan ke atasnya kekal selama-lamanya. Abu Abdullah berkata : “ Melainkan mereka yang dipenjarakan oleh al-Quran maksudnya ialah firman Allah s,w,t didalm al-Quran “ Yang kekal didalam neraka”.
Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap mukmin memahami al-Quran dan mengamalkannya bukan sekadar membacanya. Allah s.w.t menerangkan kepentingan al-Quran untuk difahami supaya menjadi penyelamat bagi orang-orang yang beriman di akhirat kelak. Allah s.w.t berfirman :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ
Dan kami turunkan kpdmu al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi org2 yg berserah diri…An Nahl
Rasululah s.a.w juga bersabda mengenai perbezaan antara mukmin dan munafik yang membaca al-Quran, sepertimana hadis didalam kitab Sohih Bukhari.
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْأُتْرُجَّةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ التَّمْرَةِ لَا رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لَا يَقْرَأُ الْقُرْآنَ كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ
Dari Abu Musa al-Asyari berlai berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :
Perumpamaan orang mukmin yg membaca al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah (limau) iaitu buah yg harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan org mukmin yg tidak membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yg membaca al-Quran ialah seperti buah raihanah iaitu buah yg berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan org munafik yg tidak membaca al-Quran ialah sepertu buah hanzalah(peria) iaitu buah yg tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yg pahit.
Dari itu tidak ada yang lebih penting selain menyelamatkan diri kita daripada api neraka dan kemurkaan Allah s.w.t. Petunjuk yang diberikan oleh Allah s.w.t daripada hadis-hadis Rasulullah s.a.w merupakan cahaya yang dapat menunjukkan kita jalan mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dan menjauhkan kita daripada azab neraka.
Berikut adalah beberapa ayat didalam al-Quran yang menyebutkan tentang golongan-golongan yang kekal didalam neraka sebagaimana yanag dikatakan Rasulullah s.a.w tidak ada syafaat yang dapat menolong mereka.
1) An Nisaa 4:14
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ
Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasulnya dan melanggar ketentuan-ketentuannya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal didalamnya dan baginya siksa yang menghinakan.
2) An Nisa 4 : 93
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja , maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutukinya serta menediakan azab yang besar baginya,
3) At Taubah 9:63
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّهُ مَنْ يُحَادِدِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَأَنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدًا فِيهَا ذَلِكَ الْخِزْيُ الْعَظِيمُ
Tidakkah mereka (orang-orang munafik itu) mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah bagi nya, dia kekal didalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar.
4) Al Hasyr 59 : 17
فَكَانَ عَاقِبَتَهُمَا أَنَّهُمَا فِي النَّارِ خَالِدَيْنِ فِيهَا وَذَلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ
Maka adalah kesudahan keduanya, bahwa sesungguhnya keduanya (masuk) ke dalam neraka, mereka kekal didalamnya. Demikianlah balasan orang-orang yang zalim.
5) al-Baqorah 2 : 81
بَلَى مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
(Bukan demikian) yang benar, barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.
6) al-Baqorah 2 : 39
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Adapun orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat kami, mereka itu penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.
7) al-Baqorah 2:257
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمْ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Allah pelindung orang-orang yang beriman, dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.
8) al-Baqorah 2:275
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لا يَقُومُونَ إِلا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukkan syaitan lantaran (terkena) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkaa jual beli dan mengharamkan riba. Orangorang yang telah sampai kepadanya larangan dari tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.
9) Ali Imran 3 : 116
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلا أَوْلادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir baik harta mereka maupun anak-anak mereka . sekali-kali tidak dapat menolak azab Allah dari mereka sedikitpun. Dan mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal didalamnya.
10) Al Maaidah 5 : 80
تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ
Kami melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dgn org2 yg kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yg mereka sediakan utk diri mereka, yaitu kemurkaan Allah kpd mereka dan mereka akan kekal dalam siksaan .
11) Az Zukhruf 43 : 74
إِنَّ الْمُجْرِمِينَ فِي عَذَابِ جَهَنَّمَ خَالِدُونَ
Sesungguhnya org2 yg berdosa kekal di dalam azab neraka jahannam.
12) Al-Mujaadilah 58:17
لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلا أَوْلادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Harta benda dan anak2 mereka tiada berguna sedikit pun (utk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka., mereka kekal didalamnya.
13) Ali Imran 3:88
خَالِدِينَ فِيهَا لا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ
Mereka kekal didalamnya , tidak diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh
14) Al-Baqorah 2:162
خَالِدِينَ فِيهَا لا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ
Mereka kekal didalam laknat itu, tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.
15) An Nisaa 4:169
إِلا طَرِيقَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Kecuali jalan ke neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya . Dan yg demikian itu adalah mudah bagi Allah.
16) Al Anaam 6:128
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُمْ مِنَ الإنْسِ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُمْ مِنَ الإنْسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلا مَا شَاءَ اللَّهُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
Dan (ingatlah) di hari waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya. (dan Allah berfirman) : Hai golongan jin (syaitan) sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan ) manusia , lalu berkatalah kawan2 mereka dari golongan manusia : ya tuhan kami , sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yg lain) dan kami telah sampai ke waktu yg telah engkau tentukan bagi kami. Allah berfirman : Neraka itulah tempat diamkamu, sedang kamu kekal didalamnya kecuali kalau Allah menghendaki (yg lain). Sesungguhnya tuhan kamu maha bijaksana dan maha mengetahui.
17) At Taubah 9:68
وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا هِيَ حَسْبُهُمْ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ
Allah mengancam org2 munafik laki2 dan perempuan dan org2 kafir dgn neraka jahanam . Mereka kekal didalamnya . Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yg kekal.
18) Huud 11:107
فَأَمَّا الَّذِينَ شَقُوا فَفِي النَّارِ لَهُمْ فِيهَا زَفِيرٌ وَشَهِيقٌ (106) خَالِدِينَ فِيهَا مَا دَامَتِ السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ إِلا مَا شَاءَ رَبُّكَ إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ
Adapun org2 yg celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dgn merintih) (106) mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika tuhanmu menghendaki (yg lain) . Sesungguhnya tuhanmu maha pelaksana terhadap apa yg dia kehendaki(107).
19) An Nahl 16:29
فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
Maka masuklah pintu2 neraka jahanam, kamu kekal didalamnya. Maka amat buruklah tempat org2 yg menyombongkan diri,
20) Al ahzab 33:65
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلا نَصِيرًا
Mereka kekal didalamnya selama-lamanya , mereka tidak memperoleh seorang pelindungan dan tidak (pula) seorang penolong.
21) Az zumar 39:72
قِيلَ ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
Dikatakan (kpd mereka) masukilah pintu2 neraka jahanam itu, sedang kamu kekal di dalamanya, Maka neraka jahanam itulah seburuk-buruk tempat bagi org2 yg menyombongkan diri.
22) Al-mukmin 40:76
ادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
(dikatakan kpd mereka) masuklah kamu ke pintu2 neraka jahanam dan kamu kekal didalamnya . Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi org2 yg sombong.
23) Al Jin 72:23
إِلا بَلاغًا مِنَ اللَّهِ وَرِسَالاتِهِ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا
Akan tetapi (aku hanya) menyampaikan (peringatan) dari Allah dan risalahnya . Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan rasulnya maka sesungguhnya baginyalah neraka jahanam, mereka kekal didalamnya selama-lamanya.
24) Al Bayyinah 98:6
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ (6) إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ
Sesungguhnya org2 kafir yakni ahli kitab dan org2 musyrik (akan masuk) ke neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya . Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.
Abu Zarkashi