
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَ
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. (Al Kahfi 46)
Bahagian Pertama : Ketika dilahirkan
1) Bergembira apabila menerima anak
Allah s.w.t berfirman :
أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى
Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (nabi Zakariyya) dengan kelahrian (seorang putera) Yahya. (Al-Imrab 39)
2) Disunatkan mengazankan di telingga yang kanan.
عن أبي رافع قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم ( أذن في أذن الحسن بن علي حين ولدته فاطمة…. )
الترمذي ج4/ص97 وقال هذا حديث حسن صحيح
Abi Raafi’ berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w mengazankan di teling Hassan Bin Ali ketika Fatimah melahirkannya. (Riwayat Tarmidzi, hadis Hassan Sohih)
3) Disunatkan melakukan tahnik
عن أبي موسى قال ولد لي غلام فأتيت به النبي فسماه إبراهيم فحنكه بتمرة ودعا له بالبركة
صحيح البخاري ج5/ص2081
Dari Abu Musa r.a dia berkata : Dilahirkan untukku seorang budak lalu aku bawakannya kepada nabi s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w menamakannya Ibrahim dan beliau mentahnikkannya dengan kurma dan doakan keberkatan untuknya . (Riwayat Bukhari)
Bahagian Kedua : Pada hari ketujuh
1) Mencukur rambut
قول صلى الله عليه وسلم لفاطمة لما ولدت الحسن ( احلقي رأسه وتصدقي بوزن شعره فضة على المساكين
رواه احمد والطبراني في الكبير والبيهقي في سننه واسناده حسن
Rasulullah s.a.w berkata kepada Fatimah ketika melahirkan Hassan :”cukurlah rambutnya dan sedekahkan timbangan rambut itu dengan nilai perak kepada orang-orang misikin”.
(Riwayat Imam Ahmad, Tabarani dan Baihaqi)
2) Memberikan nama yang baik
عن عائشة قالت : عق رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الحسن والحسين يوم السابع وسماهما . رواه ابن حبان ( 12 / 127 ) والحاكم ( 4 / 264 ) . وصححه الحافظ ابن حجر في ” فتح الباري ” ( 9 / 589 )
Aisrah r.a berkata : Rasulullah s.a.w mengakikahkan untuk Hassan dan Hussein pada hari ketujuh dan menamakan mereka berdua pada hari tersebut.
(Riwayat Ibn Hibban dan Hakim)
3) Khitan (bersunat)
عن أبي هريرة ” خمس من الفطرة الختان والاستحداد ونتف الإبط وتقليم الأظفار وقص الشارب ” . رواه البخاري ( 5550 ) ومسلم ( 257 ) .
Dari Abu Huraurah : rasulullah s.a.w bersabda : Lima perkara yang termasuk fitrah, berkhitan, mencukur rambut kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan mengunting misai.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bahagian Ketiga : Aqiqah dan hukumnya
Takrif Aqiqah : Haiwan yang disembelih untuk menebus bayi yang dilahirkan.
Hukumnya : Sunnah Muakkadah. Bagi bayi lelaki dengan dua ekor kambing dan bagi bayi perempuan seekor kambing.
Dalilnya :
عن سمرة بن جندب رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” كل غلام مرتهن بعقيقته ، تذبح عنه يوم سابعه ، ويسمى فيه ، ويحلق رأسه ” .
رواه الترمذي ( 1522 ) والنسائي ( 4220 ) وأبو داود ( 2838 ) . والحديث : صححه الشيخ الألباني رحمه الله في ” الإرواء ” ( 4 / 385 ) .
Rasulullah s.a.w bersabda : Setiap anak yang baru lahir, ia tergadai sehingga disembelihkan aqiqah untuknya pada hari yang ketujuh dan dinamakannya dan dicukur rambutnya. ( Riwayat Tarmidzi, Nasa’i dam Abu Daud)
Pembahagian daging Aqiqah :
Dibolehkan untuk memakan dari daging aqiqah atau memberikannya untuk kerabat, kawan atau orang miskin. Dibolehkan juga untuk memasaknya atau memberikannya secara mentah. Sepertimana kata Ataa’ Bin Abi Rabaah ,
عطاء بن أبي رباح يقول في العقيقة : ” يقطع آرابا آرابا ، و يطبخ بماء وملح ، و يهدى في الجيران “. رواه البيهقي في السنن .
Ataa’ Bin Abi Rabaah berkata mengenai Aqiqah : Dipotong-potong daging itu, dan dimasak dengan air dan garam, dan diberikan kepada jiran tetangga.
(Riwayat Baihaqi didalam al-Sunan )
عن عائشة قالت عن لحم العقيقة : ” يُجْعَلُ جُدُولا , يُؤْكَلُ وَيُطْعَمُ “
رواه ابن أبي شيبة في المصنف / 5 .
Aisyah radiallahu anha berkata menggenai daging Aqiqah : Dipotong-potong daging tersebut, dan dimakannya dan berikan kepada orang lain.
(Riwayat Ibn Abi Syaibah didalam al-Musannaf)
Bahagian Keempat : Kewajipan Ibubapa terhadap anak.
1) Wajib mendidiknya dengan Aqidah Islam. Rasulullah s.a.w bersabda :
كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka orang tuanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani dan majusi”
(H.R.Bukhari & Muslim)
2) Mengajarnya mula beribadah apabila berumur 7 tahun.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : علموا الصبي الصلاة ابن سبع سنين واضربوه عليها ابن عشر . رواه الترمذي وأبو داود
Rasulullah s.a.w bersabda : Ajarilah anakmu mengerjakan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah dia ketika meninggalkannya apabila dia telah berumur sepuluh tahun. (Riwayat Tarmidzi dan Abu Daud)
3) Ajari anak tersebut adab dan akhlak yang mulia.
4) Memberikan pujian kepada anak tersebut apabila anak tersebut layak dipuji.
5) Berikan mereka tanggungjawab yang sesuai dengan kemampuan dan umur mereka.
6) Melindunginya daripada perkara-perkara yang menakutkannya dan membahayakannya.
7) Jauhkannya daripada memiliki sifat malas dan terlalu banyak berehat, kerana perkara-perkara ini hanya akan merugikannya. Sepertimana kata Yahya Ibn Abi Kathir :
لا ينال العلم براحة الجسم
Ilmu tidak boleh dimiliki dengan merehatkan badan.
Bahagian Kelima : Soal Jawab
1) Tembuni atau uri bayi. Apa perlu dibuat?
Menurut amalan orang dulu, tembuni anak yang keluar sesudah kelahiran anak tersebut akan diambil dan dibersihkan. Tembuni itu kemudian akan dimasukkan ke dalam bekas dan ditanam. Amalan ini dilakukan dengan alasan bahawa tembuni itu adalah kembar anak tersebut atau merupakan sebahagian dari anggota anak yang baru lahir itu.
Ibubapa memang berhak mengambil tembuni itu dan menanamnya, tetapi dakwaan seperti di atas adalah bertentangan dengan Islam dan kepercayaan yang khurafat. Jika ibu-bapa tidak mengambil tembuni tersebut dan menyerahkannya kepada pihak hospital, perbuatan tersebut juga tidak menyalahi ajaran Islam.
2) Adat melenggang perut dan pemeriksaan scanning
Bila ibu mengandungkan anak sulungnya, dan masa hamilnya sudah mencapai tujuh bulan, bidan dipanggil untuk menjalankan adat berlenggang perut. Direntangkan kain sepanjang tujuh helai, disusun berlapis-lapis dan ibu yang hamil itu disuruh baring berlentang. Tengah-tengah kain itu terletak bahagian pinggang. Hujung kain berada di sebelah kiri dan kanannya. Bidan kemudian menarik helai demi helai kain panjang itu, arah ke kanan pada helai yang pertama dan ke kiri pada helai yang berikutnya, begitulah seterusnya berselang-seli.
Menurut adat Banjar, diambil tiga biji kelapa dan kelapa itu dibelah dua. Kepercayaan anak itu tidak selamat kalau tidak menjalankan adat itu merupakan khurafat. Begitu juga, kepercayaan anak itu selamat kalau belahan kelapa itu elok, juga merupakan khurafat. Adat melenggang perut yang diamalkan sebenarnya bertujuan memastikan kedudukan bayi dalam kandungan adalah betul. Cuma yang menjadikan amalan ini bertentangan dengan ajaran Islam ialah apabila kepercayaan khurafat dikaitkan dengan keselamatan bayi dalam kandungan. Walaupun adat melenggang perut ini tidak diamalkan lagi, pemeriksaan scanning yang dilakukan terhadap ibu yang mengandung juga mempunyai tujuan yang sama dengan adat melenggang perut. Selain dari memastikan kedudukan bayi dalam kandungan, scanning juga dikatakan dapat membantu mengenalpasti jantina bayi itu. Islam tidak melarang pemeriksaan scanning khusus berkenaan kedudukan bayi dalam kandungan. Bahkan pemeriksaan ini dapat membantu memudahkan si ibu apabila tiba waktu melahirkan. Bayi yang tidak betul kedudukannya dalam perut atau diistilahkan ‘songsang’ boleh membahayakan kedua-dua ibu dan bayi tersebut.
Scanning untuk melihat jantina bayi itu juga tidak menyalahi agama kerana ia hanya ramalan semata-mata. Mempercayai hasil pemeriksaan ini tidak bermakna seseorang itu mengengkari kuasa dan ilmu Allah swt. Bahkan realitinya banyak laporan menunjukkan bahawan ramalan awal hasil pemerik-saan scanning adalah sebaliknya.
3) Keguguran janin. Apa yang perlu dilakukan?
Kandungan yang belum sempurna atau keguguran ketika hamil memang ada berlaku. Keguguran itu kadang-kadang berlaku ketika kandungan itu berusia sebulan atau tiga bulan atau lima atau tujuh bulan. Janin yang gugur pula itu kadang-kadang telah sempurna tubuh anggotanya dan ada pula yang separuh sempurna.
Dalam keadaan begini, Islam telah memberi panduan cara mengurus dan menyempurnakan janin tersebut. Jika janin yang gugur itu terdapat padanya tanda-tanda bernyawa seperti bergerak ia dan bersuara ia, maka keguguran itu hendaklah disempurnakan seperti lazimnya menyempurnakan mayat orang dewasa. Bererti keguguran itu mesti dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Jika tidak terdapat tanda bernyawa tetapi mempunyai bentuk manusia seperti kelihatan telinganya atau jari-jarinya atau apa jua anggota badannya, maka keguguran itu hanya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan tanpa perlu disembahyangkan.
Jika tidak terdapat langsung apa-apa tanda sama ada bernyawa atau bentuknya, maka keguguran itu tidak wajib disempurnakan seperti lazimnya. Tetapi adalah digalakkan dan sunat hukumnya keguguran itu dibungkus dan kemudiannya ditanam sahaja.
Bahagian Keenam : Doa-doa dari al-Quran
1)
قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Ya tuhanku, berilah aku dari sisi engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha pendengar doa. ( Ali Imran ayat 38)
2)
رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَ
Ya tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku daripada menyembah berhala. (Ibrahim ayat 35)
3)
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Ya tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya tuhan kami, perkenankanlah doaku. (Ibrahim ayat 40)
4)
رَبِّ لا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Ya tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik. (Al-Anbiyaa’ ayat 89)
5)
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
Ya tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh. (Ash Shaaffaat ayat 100
6)
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Ya tuhanku, tunjukkilah aku untuk mensyukuri nikmat engkau yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal saleh yang engkau ridhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. ( Al-Ahqaaf ayat 15)
7)
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Ya tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dari keturunan kami sebagai penyenag hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ( Al-Furqaan ayat 74)
Abu Zarkashi
alhamdulilah sebentar lagi saya akan dikarunia seorang anak.. membaca artikel diatas saya semakin gembira menunggu kelahiran bayi saya
alhamdulilah jg..atas iformasi diatas..dan barang siapa yg akan meminang anak..khsusnya menyambut kelahiran bayi..sila banyak2 baca buka dan tanya para ulama ..