
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
لَمَّا تُوُفِّيَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أُبَيٍّ جَاءَ ابْنُهُ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ أَنْ يُعْطِيَهُ قَمِيصَهُ يُكَفِّنُ فِيهِ أَبَاهُ فَأَعْطَاهُ ثُمَّ سَأَلَهُ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَقَامَ عُمَرُ فَأَخَذَ بِثَوْبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ تُصَلِّي عَلَيْهِ وَقَدْ نَهَاكَ رَبُّكَ أَنْ تُصَلِّيَ عَلَيْهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا خَيَّرَنِي اللَّهُ فَقَالَ
{ اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِينَ مَرَّةً }
وَسَأَزِيدُهُ عَلَى السَّبْعِينَ قَالَ إِنَّهُ مُنَافِقٌ قَالَ فَصَلَّى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ
{ وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ }
Daripada Ibnu Umar radiallahuanhuma, beliau berkata : Ketika wafatnya Abdullah Bin Ubai, Anaknya iaitu Abdullah Bin Abdullah datang kepada Rasulullah s.a.w. Beliau meminta supaya Rasulullah s.a.w memberikan bajunya untuk dikafankan bapanya lalu Rasululah s.a.w memberikan bajunya.Kemudian beliau meminta supaya Rasulullah s.a.w mensolatkan untuk bapanya. Rasulullah s.a.w pon berdiri untuk mensolatkan bapanya. Lalu datanglah Umar kepada Rasulullah s.a.w dan berkata : Wahai Rasulullah, kamu solatkan untuknya sedangkan Allah s.w.t melarang kamu daripada solat untuknya. Rasulullah s.a.w seraya berkata “ sesungguhnya Allah s.w.t memberikan aku pilihan”. Sebagaimana sabda Allah s.w.t “Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). Walaupun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puloh kali”.(At Taubah 80)
“Aku akan melakukan lebih dari 70 kali”. Umar berkata : Beliau (Abdullah bin Ubai) adalah munafik. Rasulullah s.a.w lalu mensolatkan untuknya. Lalu turunlah ayat seterusnya . Firman Allah s.w.t :”Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yg mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri (mendoakan ) di kuburnya”. (At Taubah 84)